Friday 29 April 2011

..:: Tips ::..

Tips bagaimana mengatasi sikap MALAS:

Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. 
Di sini terdapat 5 tips yang boleh digunakan untuk membuang sikap MALAS anda itu..

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. 
Fikirkan sejenak mengenainya. “Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?


2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'lemah' dan ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. 
Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. 
Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. 
Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Thursday 28 April 2011

..:: Photo Shoot ::..

At Melaka, Negeri Bersejarah :


                                                                [apih]

                                                                [anas]

p/s: nntkn gmbr2 yg mngempakkn!! TQ a lots to Baby Aliip, Apih, Anas n Din.

Wednesday 27 April 2011

..::Tips::..

Tips untuk Menduduki Final Exam:


 Sempena MUSIM FINAL EXAM nie, rsa baiknya SAYA mnulis TIPS utk mnghadapi FINAL EXAM dgn TENANG. Terdapat 10 TIPS yg trbaik utk KITA smua yg INGIN KEJAYAAN yg SEMPURNA:

1. Tidur AWAL. (dlm skitar jam 10 - 11pm)

2. Bangun AWAL. (dlm skitar 6 - 6.30am)

3. Baca SURAH YASSIN. (psng NIAT supya ALLAH mmbntu kita semasa MENDUDUKI EXAM nnt)

4. Telefon IBU BAPA. (utk mminta RESTU n KEMAAFAN)

5. Pergi ke TEMPAT EXAM lbih AWAL. (30minit sblum START EXAM)

6. Sentiasa SENYUM kpd org sekeliling. (Senyum itu SEDEKAH)

7. Kunyah GULA-GULA GETAH. (supya tidak ngntuk smasa MENJWAB EXAM)

8. Klaw ade SOALAN yg x BOLEH DIJAWAB, BERSELAWAT la bnyk kli.

9. Selepas tmatnya EXAM, ucaplah ALHAMDULILLAH n BERTAWAKAL kpd ALLAH.

10. Selepas tmtnya SMUA EXAM, ber-MUHASABAH lah DIRI anda sndiri.

p/s: SELAMAT MENCUBA!!! Alhamdulillah sya telah MENCUBA TIPS2 ini, ia sngt BERKESAN.. SILALAH CUBA dhlu n tngk ape KESANNYA.

..::Photo Shoot::..

At Car Park Apartment Murni, Bukit Beruang, Melaka :

Tuesday 26 April 2011

..:: Slip Final Exam ::..

25.4.2011: 9.00am
Mechanic of Machine


26.4.2011: 8.30pm
Socio-Economic

29.4.2011: 8.30pm
Technical Communication II

30.4.2011: 9.00am
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

4.5.2011: 9.00am
Mechanic of Fluid I

5.5.2011: 9.00am
Thermodynamic I

p/s: sje je nk tnjuk my slip final exam dlm blog nie.. so, fhm2 la knape sy xslalu update blog nie.. ok. Good Luck kpd ssiapa yg mnduduki FINAL EXAM jgk..
..:: alhamdulillah smua dah slesai.. insyaAllah kejayaan mnnt sy nnt, amin... ::..

Sunday 24 April 2011

..::Photo Shoot::..

At Wedding Farah + Azwan:

(a) Pengantin:


(b) Ahli KeluargaKu: 

 

p/s: InsyaAllah bnyk lg akn diuploadkn tdak lma lgi.. Tnggu!!

..:: Tips ::..

Tips Bangun Subuh:

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.
Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

p/s: sorry klaw rasa pelik tiba2 ade post mcm nie... InsyaAllah blog nie utk pameran hsil gmbr kangross.design n tips ape2.. k. slmt mmbca n lihat blog nie..